Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan

 

        Pada setiap tahun, Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan akan diadakan di Padang Bola Sepak Kampung Sambir, Asajaya. Tradisi ini telah diadakan sejak tahun 1967 hingga ke hari ini. Dahulu temasya ini dipanggil sebagai Pesta Bola, Piala Wazir Khan kemudian ditukar menjadi Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan Adun N15 hingga ke hari ini. Temasya ini dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Sambir Bestari (KBSB). Temasya ini diadakan pada setiap tahun di hari ke tiga raya dan merupakan temasya tertua yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Sambir Bestari. Pada tahun ini (2020), Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan edisi ke-54 akan diadakan pada hari raya ke ketiga iaitu pada 26 Mei 2020 bersamaan 3 Syawal 1441H. 

        Kejohanan ini mengalu alukan semua pasukan bola sepak yang ingin bertanding di temasya ini. Tiada peraturan atau larangan terhadap mana mana kelab bola sepak yang ingin menyertai temasya ini. Lebih menarik lagi, pasukan yang memenangi Kejohanan ini tiga tahun berturut turut bakal membawa pulang piala pusingan. Dalam erti kata lain piala pusingan bakal menjadi hak milik pasukan tersebut. 

        Selain dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk kampung, pesta ini juga dapat memeberi impak yang besar dalam pasukan bola sepak negara. Pemain-pemain yang berkaliber dapat dicari dan diasah bakat supaya dapat mewakili negara di peringkat kebangsaan. Beberapa pemain yang pernah bermain di temasya ini pernah terpilih untuk bermain di Kelab Bola Sepak Kuching FA yang berentap dalam Liga M3.

 

 

 

Kejayaan Pasukan Bola Sepak Kampung Sambir (Team Sambir Bestari)

        Pasukan Bola Sepak Kampung Sambir dahulunya dikenali sebagai Team BOSS. Team Boss bermaksud Pasukan Bola Sepak Sambir. Kemudian pada tahun 2010, nama pasukan bola sepak dari kampung ini bertukar menjadi Sambir Bestari yang bermaksud Sambir ialah nama kampung Sambir dan Bestari merupakan nama penaja yang menaja kelab bola sepak Kampung Sambir.

 

        Pengurus pasukan bola sepak ini ialah Encik Jalek jaafar. Encik Jalek Jaafar sudah menjadi pengurus pasukan Sambir Bestari sejak dari tahun 1996. Tahun ini (2020), menjadi tahun ke-24 Encik Jalek Jaafar berkhidmat sebagai pengurus bola sepak Kampung Sambir. Encik Jalek Jaafar turut dibantu oleh orang orang kampung bagi menguruskan pasukan bola sepak kampung ini. Jurulatih pasukan ini ialah Encik Sufian Kasim. 

        Kejayaan pasukan bola sepak kampung sambir ini boleh dilihat apabila pasukan ini berjaya menjuari Juara Liga Samarahan pada tahun 2014 dan pada tahun 2017. Selain itu, semasa Juara Piala Sarawak 2014 diadakan, tiga permain dari Sambir Bestari telah beraksi untuk pasukan Kuching FA.

 

 

 

Anak – anak kampung sambir yang berjaya dalam bidang sukan bola sepak

        Terdapat tiga orang pemain dari Sambir Bestari telah menyertai kelab bola sepak Kuching FA iaitu Raziman Razali, Rafiezan Razali, dan Nuraliff Kifli. Raziman Razali merupakan pemain sayap kiri, Rafiezan Razali pemain sayap kanan dan Nuraliff Kiffli merupakan pemain tengah atau dikenali sebagai ‘midfield’.