Seni Silat Spring 12

 

      Di Kampung Sambir, Silat Spring 12 diajar kepada sesiapa yang berminat untuk belajarnya. Silat Spring 12 merupakan sejenis seni silat yang berasal daripada Indonesia. Asalnya, tujuan Silat Spring 12 ini adalah untuk mempertahankan diri daripada bahaya. Kini, silat ini telah berubah sedikit, dan tujuan seni silat ini telah menjadi lebih cenderung kepada menghormati orang tua. Namun begitu, ia tetap merupakan suatu teknik pertahanan diri yang berguna.

      Persatuan Silat Spring 12 Kampung Sambir adalah berdaftar di bawah naungan Rumpun Silat Sarawak. Latihan silat di Kampung Sambir biasanya diadakan pada waktu malam. Walaupun kekerapan sesi latihan dan peserta sesi latihan telah berkurangan berbanding dahulu, ia tetap dijalankan seperti biasa dari semasa ke semasa.

      Persatuan Silat Spring 12 Kampung Sambir sering dijemput untuk membuat persembahan semasa perkahwinan, dan kerap menyertai pertandingan silat anjuran kampung lain. Persediaan juga sedang dijalankan bagi pertandingan silat anjuran Kampung Sambir.