Kegiatan ekonomi juga merupakan perkara yang amat penting bagi penduduk Kampung Sambir bagi menjana sumber pendapatan. Sebanyak 30% penduduk kampung terlibat dalam sektor pertanian dan 35% bekerja sendiri. Manakala sebanyak 30% lagi terlibat dalam pekerjaan kerajaan dan swasta.

 

 

NAPOR KUBUR DAN BATU NISAN

 

        Napor kubur merupakan salah satu ekonomi yang terdapat di Kampung Sambir. Napor kubur dikenali sebagai kapok kubur. Perniagaan ini merupakan perniagaan turun temurun yang diusahakan oleh Encik Suhaili Bin Su’ip. Perusahaan ini telah ditubuhkan selama belasan tahun yang diasaskan oleh bapanya. Encik Suhaili mengambil alih dan mengusahakan pekerjaan ini secara separuh masa. Selain itu, beliau juga merupakan salah satu kontraktor berdaftar yang dilantik khas oleh mufti. Ukuran napor dan batu nisan juga perlu dibuat mengikut specifikasi yang telah ditetapkan oleh mufti.

        Selain napor dan batu nisan, beliau juga telah menghasilkan pelbagai jenis perabot untuk kelengkapan rumah seperti meja kopi dan meja makan.

 

 

AMBAL DAN SIPUT BULUH

 

        Pantai Teluk Baruk juga merupakan salah satu daya tarikan serta sumber bagi kegiatan ekonomi bagi Kampung Sambir. Hasil yang dapat diperoleh dari pantai tersubut ialah siput dan ambal. Hasil tersebut boleh didapati mengikut musim yang tertentu.

 

                                                                          

 

 

KUIH SANGKARUK

 

        Kuih sangkaruk juga merupakan salah satu ekonomi yang menjadi daya tarikan serta menjana pendapatan bagi penduduk Kampung Sambir. Kuih sangkaruk berasal dari Sarawak. Kuih ini diperbuat daripada beras pulut. Kuih sangkaruk juga boleh didapati ketika ada majlis besar di kampung. Hal ini kerana prosess pembuatannya agaklah rumit dan hanya orang tertentu sahaja yang mahir membuat kuih tersebut.

        Cara pembuatannya adalah berasaskan beras pulut sebagai bahan utama dalam prosess pembuatannya. Beras pulut tersebut hendaklah disangai dan ditumbuk sehingga tekstur beras pulut tersebut menjadi sedikit halus. Jika terlalu halus sehingga menjadi tepung kuih tersebut berkemungkinan tidak akan menjadi.

 

 

 

homestay kampung sambir

 

        Kampung Sambir juga mempunyai homestay bagi membolehkan orang ramai untuk menginap di sana. Ia juga merupakan salah satu sumber ekonomi bagi penduduk Kampung Sambir. Untuk maklumat lebih lanjut tentang penginapan homestay, pengunjung boleh menghubungi Encik Ajim di talian +601133703667.